Saturday, November 3, 2012

Welcome Miss Purple! :)


Assalamualaikum, Bersua lagi kita untuk entry kali ni, 
Alhamdullillah.

Entry kali ni, nak cerita pasal Miss Purple. 
A few weeks ago, ada terbaca satu artikel ni, pasal Perodua buat program untuk 
student final year, What's Up Graduate. 


Program ni, dia bagi peluang kepada student tahun akhir yang berminat nak beli kereta, monthly payment serendah RM299. tapi peluang ni terbuka untuk Viva & MyVi je. so, kalau RM299 tu, harga untuk Viva basic lah. kalau yang premium or MyVi, akan up sikit lah, tapi still murah dari harga asal. 

So bila terbaca pasal program ni, terus story kat parents, my parents pun cam okay la, ada program camni, lagipun memang ada plan nak beli kereta, cuma asyik bertangguh sebab fikir pasal duit nak bayar muka semua tu.
Si dia pun bagi semangat suruh beli, bila lagi nak dapat peluang camni katanya. 

Then, try la pergi kedai Perodua, tanya pasal rate asal, & pasal program What's Up Graduate ni. 
Macam2 benefit dapat. Tapi benefit ni pun terpulang atas cawangan masing2. Sebab, pernah gak tanya dekat cawangan Perodua yang lain pasal program ni, memang lain lah benefit dia, Alhamdullillah kedai Perodua yang dekat sini benefit dia okay.

So, bincang punya bincang, pikir punya pikir, lasly decide nak beli MyVi 1.3 auto premium. Nak beli 1.5 tak mampu. Jadila tu as for 1st car. Nak beli yang hebat terus pun, tak mampu nak bayar bulan2 nanti. yang ni pun kira okay la, boleh bayar bulan 4 ratus lebih, nak banding dengan harga asal bulan2 5 ratus lebih. Beza seratus pun rasa ooo..

Lepas dah settle dengan pihak bank semua, tadi petang or tanggal 3/11/2012 secara rasminya Miss Purple dah jadi hak milik Wanie Isony. Alhamdullillah semua berjalan lancar. Walaupun ada masalah sikit mula2 tu sebab nak mintak pengesahan kad matrik bagai, tapi lega, semua nya settle dengan selamat.

Tadi pergi ambil pun, kena jugak tambah lagi sikit tuk aksesori tambahan, Betollah mama cakap, beli kereta memang kena sedia duit lebih. Tak pelah, as long it's beneficial to the driver. hehehe. 

So, here we go, Miss Purple :)

So to Miss  Purple, tolong jaga saya ek. Insyaallah saya akan jaga awak dengan baik:)







2 comments:

dayang nur atiqah said...

luv this entry! so sweet~ lawat2 laa sy nnt k ^^ http://delightfuldayang.blogspot.com

Wanie Isony said...

i will, thnks sudi lawat blog ni.. hee :)

Post a Comment

Previous Post Next Post Back to Top