Tuesday, August 7, 2012

Final Year Presentation 2


Entry ni adalah sambungan untuk entry yang sebelum ni. Enjoy the pics! :)

Ni group Aida time tengah present. Dik, ko kata nak tengok group Aida kan, ha, ni lah dia. Hehe

Group Kak Asma'. 

Group Tikah, Bazlin & Nik dekat booth diorang. Berbelit lidah aku nak sebut tajuk FYP diorang tu. 

Fatin & Shafa dengan diorang punya chemical reaction

Group Chu r, Kak Dini, & Anis. Abaikan baju hijau yang tengah tu. Hehe

Saja nak menyelit jugak gambar ni. Hehe

Nik dekat booth group aku. Dia memang suka bergambar. Dah boleh join group aku dah tu. 
Baju sama kaler ngn storyboard. Hahaha. 
p/s : cer tengok sebelah kanan tu. Kelasssss u! Hahaha

Tikah dekat booth group Kin

Dari kiri : Amani, Wan, Anis, Dayah, Tikah, Bazlin, Nik and Shafa

Bad & Shafa. Kak kat tengah tu lupa lah nama apa. Sorry. Hehehe

Group Jemy, dekat booth diorang. Sebelah booth aku je tu. Hehehe

Again, all this pic credit to Sakinah. Saya hanya tukang post kat blog jer. Sekian terima kasih. 

Monday, August 6, 2012

Internship

23 Julai lepas, aku  dah start praktikal aku dekat company dekat area rumah aku jugak, Celestica Sdn. Bhd.    
Masa first day tu, honestly, memang gelabah, nervous, semualah ada. Yelah, tempat baru kan, kita pun xtahu lagi macam mana suasana dia nanti. Bila sampai2 tu, aku berkenalan dengan sorang kak ni, nama dia Wani jugak. So aku panggil dia Kak Wani. Dia pun first day jugak hari tu. Dia new hire, maksudnya staff baru and working at Finance Department. Hari tu, aku diberitahu, aku xleh masuk department aku lagi, Training Department, sebab aku & trainee2 and new hire yang lain, kena masuk Orientation program selama 2 hari. Program  tu cerita pasal company tu, benefit2 yang kami akan dapat selama bekerja kat situ, disiplin2 bekerja kat situ, procedure, product2 company, and law2 company. Fuh, totally blank bila kena dengar pasal product company.

Dah bertahun papa aku kerja kat situ, baru aku tahu Celestica tu company besar rupanya and ada 22 cawangan di seluruh dunia. Dan Celestica ni sebenarnya Aerospace and Manufacture Company. Bila tahu tu, tergamam sebentar. Yelah baru tahu. Selama ni xtahu. Hehehe. Dulu, cita2 nak jadi astronomi, nak keje kat NASA, nak kaji pasal bintang, bulan, planet, angkasa, space, tapi tinggal cita2 jelah. Dah menyimpang sangat dah dengan kos yang aku ambil kat UiTM tu. So bila dapat praktikal kat Aerospace company pun, jadi lah. Janji ada space2 kat belakang. Hahaha.

Hari rabu baru aku deploy kat Training Department. And sekarang, dah nak masuk 3 minggu aku dekat situ. So far okay lah. Ada lagi 5 bulan aku nk stay kat situ. Hope semuanya berjalan dengan lancar. Tadi plak, ada trainee baru masuk. Budak UiTM jugak, tapi dia dari Sri Iskandar. Umor pun sama. So okay lah, ada geng sama2 trainee. Hehehe.

Setakat ni, working kat Celestica boleh tahan selesa lah. Pakaian xkisah sangat. Xpayah nak formal sangat pun. Pakai tshirt pun xpe, as long sopan. Rehat pulak, 3 kali sehari. Flexible. Terpulang dekat department masing2. Tapi, sekarang kan bulan puasa, so xnampak sangat lah rehat tu macam mana. Since, aku pun masuk situ time dah start puasa, so aku pun xleh nak cerita sangat la rehat macam mana. 
Working hours plak, pukul 8 pagi sampai 5.30 petang. Tu normal shift. Kemungkinan, aku nanti akan ada shift. Huhuhu. Xpe, yang tu nanti, aku akan cerita kemudian. 
Okay lah. Cukup lah tu entry untuk hari ni. Sampai 2 entry hari ni aku buat. Hehehe. 

So, till we meet at the next entry~~~~

Final Year Project Presentation

Seperti yang dijanjikan, aku nak share gambar2 masa presentation FYP 16 Julai lepas. Dah nak dekat sebulan dah habis baru nak share. Hehehe, biasalah. Busy. So, lets less talk, & just enjoy the pics. Oppps! all pictures credit to Sakinah sebab ambil gambar guna kamera dia. Hehehe. 

Ni group tuan punya kamera lah with their booth. Kinn, Anna, Miera. 

Once again my group member and our booth

Ni group depan booth aku. Fudzla, Fatin, Shafa

Group Adda, Miera Obella, Wani

Group Wan, Amani, Dayah. Adik beradik dengan group aku sebab satu supervisor. Hehe

Group Kak Raimi, her group member and their booth

Ni plak group Ka, Syu and Nor dekat booth diorang

Group Nik, Tikah, Bazlin time tengah buat presentation dekat examiner/panel



Masa ni group aku tengah buat presentation dekat panel, PM Zaharah

Gossip2 after done with presentation. Hehehe

Buat other groups, sorry kalau xde gambar group korunk dalam ni, okay. Nanti gambar2 korunk yang lain, aku letak kat entry lain plak. 
Jumpa kat next entry plak. :)

Sunday, August 5, 2012

Modeling Carbon Price

Modeling Carbon Price : An Intuitive Approach For A Malaysian Carbon Price

Salam all. Tetiba hari ni tergerak nak cerita pasal final year project. Dah habis buat project baru nak cerita kan. Hehehe. Aku nak cerita ni, sebabnya, ramai yang blur2 pasal2 tajuk  FYP (seperti yang tertera di atas) aku ni. Ramai yang tertanya2, carbon tu apa? kertas carbon ke? karbon kat pensel tu ke? Hehehe. Jujur aku cakap, masa first aku dengar perkataan carbon dari mulut Sir Azdi a.k.a Mr.Supervisor, aku pun pikir benda2 macam tu jugak. Mati2 ingat karbon pensel. Memang mula2 tu agak blur lah jugak kan. Tapi lepas study betol2 pasal tajuk ni, baru la paham, pe maksud carbon tu sebenarnya. 
Actually, carbon yang dimaksudkan sebenarnya adalah gas2 yang kilang2 lepaskan. Korang mesti perasankan, bila lalu kat mana2 kilang yang ada serombong asap tu, korang nampak kan ada asap kepul2 keluar? Ha, yang tu la carbon. Gas carbon ni bahaya sebenarnya. And secara xlangsung membahayakan alam sekitar kita. Sebenarnya, gas2 tu pun salah satu punca kenapa cuaca zaman sekarang xmenentu. Kejap hujan, kejap panas terik, udara pun dah xfresh. 
Negara2 maju dah lama sedar pasal benda ni. Contohnya Europe, diorang dah sedar lama benda ni and start    ambil langkah2 untuk mengurangkan masalah cuaca di negara diorang. So salah satunya, diorang wujudkan Emission Trading System (ETS) atau bahasa melayunya sistem penukaran pengeluaran. Betulke aku translate eyh? Whatever. Yang penting paham konsep. Dalam sistem ni, Europe menetapkan berapa banyak tan carbon yang boleh setiap kilang keluarkan and kalau lebih kilang2 tersebut kenalah membayar untuk setiap tan gas carbon yang melebihi limit tu. Secara tak langsung, sistem ni mengurangkan kadar pengeluaran carbon di negara diorang. Sekarang pun, mengikut statistik kadar pengeluaran carbon diorang  semakin berkurang. So baguslah kan. Sistem ni xde lagi kat Malaysia. So, we all yang buat projek pasal tajuk ni, kenalah kaji, what if we implement this system in our country? Berapa harga yang patut kita letak untuk setiap carbon yang di keluarkan. And banyak lagi. Cerita panjang2 kat sini lagi korang pening. 
And, 16 July lepas, all budak final year student kena present tajuk FYP masing2. Bukannya present macam present biasa tu, ni kena buka booth, and tunggu examiner and panel and just present depan diorang je. Tapi, nervous dia, fuhhh.. sampai sejuk satu badan aku. Ni, ada few gambar masa presentation tu yang aku nak share dengan korang. 

Group member : aku, Afiq, Ain 

siap ada bunting lagi. Hehehe

our booth :)

Ni gambar masa photoshoot bunting. Yang sebelah kanan sekali tu la Supervisor we all, beloved Sir Azdi.
Best tau dengan dia. Bertuah sangat dapat dia as our supervisor. Thank you sir! :)

Banyak lagi gambar nak share ni, tapi entry ni dah terlampau panjang la pulak. Kita sambung nantilah. 
Okay, chawww~~~~

Saturday, August 4, 2012

RESULT

Salam all..

                           Dah lama sangat xupdate blog ni. Dah berhabuk dah rasanya blog ni. Hehehe. Okay. Sekarang ni nak citer pasal result. 3/8/2012 yang lepas, UiTM baru saja mengeluarkan result untuk student2 degree yang amik exam bulan 6-7 lepas. So, semuanya of course la gelabah gilaaa nak tengok result sendiri kan termasuklah aku. Tapi, jauh di sudut hati ni, rasa macam nak tengok cepat2. Yelah, bila tengok awal2, xde lah nak pikir2 dah lepas ni kan. So, bila jam tepat pukul 12 tengah malam, memang aku dah terpacak dah kat depan laptop, buka emel, tunggu UiTM emel result. Meh nak gitau korang. Setiap kali nak check result, camtu lah aku. Ish xboleh aku check lambat2, lagi aku gelabah. Baik aku check cepat2 je. Hehehe. Tunggu punya tunggu, jeng jeng, sampai pun emel. Dup dap dup dap neh nak buka emel. Siap letak tangan dekat skrin laptop lagi punya takut nak tengok result. Mengada betol, cakap xsabar, tp takut plak dah. Hahaha. 
                         First, nampak CGPA. Eyh, naiklah. Aik?? dah tertanya2 dalam hati. Sebab aku xtarget pun nak naik dari sem lepas. Lepas tu tengok GPA plak. What???? memang soalan tu lah yang terkeluar. Xsangka betol. Ingatkan aku dah xde peluang nak dapat pointer cam tu .. Yelah, aku banyak main kot. Time exam, bleh plak selambak badak je kuar. Sampai kena member tegur, selalu keluar. Biasalah, si dia dah dekat, kenala kuar selalu. Ada masa sebulan je pun, pastu nak balik Kulim dah. 
Sangat2 xsangka. Masin jugak mulut budak bucuk tu. Tapi tu la, dia dah tuntut suh belanja dia dah. Sape suh bet ag, padan muka aku. Kami memang macam tu, selalu compare result masing2. Kali ni result dia tinggi, and aku xrasa boleh lawan result dia tu. Tapi dia still percaya aku boleh. "Kalau nanti result tinggi, belanja."
Lebih kurang cam tu lah dia cakap. Aku plak cakap, "Eleh, orang berani kerat jari lah kalau result tinggi. Susahlah sem ni. Dah lah selalu keluar " Lepas tu, ambik kau. Kerat la jari tu. Hohohoho. Tapi, aku xcakap pun jari aku kan. Hahaha.
                            Anyway, ni kali kedua dapat result cam ni. 4. Rasa bersyukur sangat2. Result akhir sem yang sangat manis. Lagi manis bila tahu, member2 ramai yang tinggi. Fatin, Ain, Kin, Fudzla, Miera Obella, and Ada, congratulation korang. Seriously aku happy sangat2 tuk korang. Tambah2 Ain and Fudzla, kitakan selalu together2, jujur aku cakap, dah lama aku nak korang rasa macam ni. Tuk Fatin plak, aku tahu kau boleh buat. Tapi, sem2 yang lepas, mungkin nasib xberpihak dekat kau. So, bila kau happy, aku pun tumpang happy sekali. Buat member2 yang lain, congratulation jugak. We have done our best, and this is the best that we got. Buat lovely roommate, Aida and Tikah, walaupun aku xtahu result korang, congratulation jugak. Tambah2 Tikah. Mesti 4 jugak. Awak lagi bijak dari saya. Aida plak, aku happy bila tengok status kau yang happy lepas check result. Nak menangis kegembiraan kan kau tulis. Alhamdullillah. Untuk Izzah plak, congratulation jugak. Walaupun xcontact and xtahu pasal Izzah, tapi Wani harap Izzah dapat yang terbaik .
                     Sampai sini jelah entry ni. Penat weyh tulis. Korang pun mesti penat kan baca. Ceyh, ada ke yang nak baca panjang2 macam ni. Rendah diri sebentar. Huhuhu. Sebelum tu :

Thank you ma, pa. Semua yang kakak dapat and ada sekarang ni, all of this is because of you. Without you both, I am nothing. Thanks a lot. Dear, thank you to you too. You always make me smile and always support  me. Thank you because always be with me, go through anything with me. Thank you :) 
Okay lah.


 Till we meet at next entry. Chawww~~~


Previous Post Next Post Back to Top