Monday, August 6, 2012

Internship

23 Julai lepas, aku  dah start praktikal aku dekat company dekat area rumah aku jugak, Celestica Sdn. Bhd.    
Masa first day tu, honestly, memang gelabah, nervous, semualah ada. Yelah, tempat baru kan, kita pun xtahu lagi macam mana suasana dia nanti. Bila sampai2 tu, aku berkenalan dengan sorang kak ni, nama dia Wani jugak. So aku panggil dia Kak Wani. Dia pun first day jugak hari tu. Dia new hire, maksudnya staff baru and working at Finance Department. Hari tu, aku diberitahu, aku xleh masuk department aku lagi, Training Department, sebab aku & trainee2 and new hire yang lain, kena masuk Orientation program selama 2 hari. Program  tu cerita pasal company tu, benefit2 yang kami akan dapat selama bekerja kat situ, disiplin2 bekerja kat situ, procedure, product2 company, and law2 company. Fuh, totally blank bila kena dengar pasal product company.

Dah bertahun papa aku kerja kat situ, baru aku tahu Celestica tu company besar rupanya and ada 22 cawangan di seluruh dunia. Dan Celestica ni sebenarnya Aerospace and Manufacture Company. Bila tahu tu, tergamam sebentar. Yelah baru tahu. Selama ni xtahu. Hehehe. Dulu, cita2 nak jadi astronomi, nak keje kat NASA, nak kaji pasal bintang, bulan, planet, angkasa, space, tapi tinggal cita2 jelah. Dah menyimpang sangat dah dengan kos yang aku ambil kat UiTM tu. So bila dapat praktikal kat Aerospace company pun, jadi lah. Janji ada space2 kat belakang. Hahaha.

Hari rabu baru aku deploy kat Training Department. And sekarang, dah nak masuk 3 minggu aku dekat situ. So far okay lah. Ada lagi 5 bulan aku nk stay kat situ. Hope semuanya berjalan dengan lancar. Tadi plak, ada trainee baru masuk. Budak UiTM jugak, tapi dia dari Sri Iskandar. Umor pun sama. So okay lah, ada geng sama2 trainee. Hehehe.

Setakat ni, working kat Celestica boleh tahan selesa lah. Pakaian xkisah sangat. Xpayah nak formal sangat pun. Pakai tshirt pun xpe, as long sopan. Rehat pulak, 3 kali sehari. Flexible. Terpulang dekat department masing2. Tapi, sekarang kan bulan puasa, so xnampak sangat lah rehat tu macam mana. Since, aku pun masuk situ time dah start puasa, so aku pun xleh nak cerita sangat la rehat macam mana. 
Working hours plak, pukul 8 pagi sampai 5.30 petang. Tu normal shift. Kemungkinan, aku nanti akan ada shift. Huhuhu. Xpe, yang tu nanti, aku akan cerita kemudian. 
Okay lah. Cukup lah tu entry untuk hari ni. Sampai 2 entry hari ni aku buat. Hehehe. 

So, till we meet at the next entry~~~~

0 comments:

Post a Comment

Previous Post Next Post Back to Top